Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Diperjuangkan GRS – Khairul

Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Diperjuangkan GRS – Khairul

0
SHARE
Khairul Firdaus Akbar Khan...

KOTA KINABALU, SABAH – Representasi Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang hanya 25 peratus (25%) daripada keseluruhan kerusi Parlimen di Malaysia jelas melanggar perlembagaan di bawah artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata demikian sambil menambah hak-hak negeri dan rakyat Sabah seakan tidak dihormati oleh Kerajaan Persekutuan sejak sekian lama.

Dalam sebuah kenyataan semalam, beliau berkata pandangannya sama dengan pakar perlembagaan, Datuk Shad Sallem Faruqi, berkenaan dengan artikel tersebut.

Menurutnya ia wajib dihormati dan dilaksanakan demi masa depan yang lebih baik oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

“Dengan kegagalan menghormati perjanjian yang telah dipersetujui sebelum terbentuknya Malaysia adalah antara salah satu faktor kenapa negeri Sabah masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan dan sosio ekonomi masyarakat…

“Dari segi penggubalan dasar pula, apabila berlaku representasi yang tidak seimbang, maka banyak perkara yang tidak bersesuaian dengan Sabah dan Sarawak telah diluluskan di Parlimen tanpa mengira sentimen rakyat kedua-dua negeri ini.

“Besar harapan rakyat Sabah supaya setiap perlembagaan dan artikel-artikel ini dapat dihormati dan dilaksanakan demi kelangsungan rakyat negeri Sabah,” katanya…

Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Allahyarham Tun Mustapha dan Allahyarham Tun Fuad Stephen yang bersusah payah berjuang untuk kemerdekaan negeri Sabah dengan memastikan setiap sudut hak termaktub di bawah Perlembagaan Malaysia harus dihidupkan semula.

“Di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji bin Haji Noor serta dibantu Datuk Seri Panglima Bung Mokthar Radin dan Datuk Seri Panglima Dr.Jefrrey Kitingan, pastinya perjuangan ini tidak akan disia- siakan…

“Atas prinsip ini, dengan jelas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) harus di perkasakan dan dipertahankan dengan apa jua kos sekalipun,” ujarnya.