TAWAU: Seorang remaja warganegara Pakistan menemui ajal selepas motosikal ditungganginya terperosok di bawah sebuah bas sekolah di Kg Kalabakan, sini, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan Balai Bomba dan Penyelamat Tawau menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada pukul 2.51 petang.
Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai diketuai PBK II Syed Salipudin Habib Taha sampai ke lokasi berjarak 86 km daripada balai pada pukul 4.10 petang.
“Pasukan bertindak mengeluarkan mangsa, Shah Bakht Amin, 19, dan motosikal jenis Modenas ditungganginya menggunakan peralatan khas.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis dan seterusnya diserahkan kepada mereka untuk tindakan lanjut,” kata seorang jurucakap agensi.
Setelah memastikan tiada bahaya lain dilokasi operasi ditamatkan pada pukul 4.50 petang.