COVID-19: KES SEMBUH MENINGKAT KEPADA 188 ORANG, NAMUN KEMATIAN TURUT MENINGKAT HARI...

COVID-19: KES SEMBUH MENINGKAT KEPADA 188 ORANG, NAMUN KEMATIAN TURUT MENINGKAT HARI INI KEPADA 6 KES

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah memaklumkan sebanyak 354 kes baharu positif COVID-19 di rekodkan hari ini.

Walaubagaimanapun, kes sembuh hari ini menunjukkan angka peningkatan yang baik iaitu sebanyak 188 kes yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 10,707 kes (72.73%).

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 14,722 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 3,863 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 9 Oktober 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 354 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat dua (2) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 352 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut laporan itu juga, berlaku peningkatan sebanyak 68 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 25 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat enam (6) kes kematian direkodkan hari ini yang mana semua kes dilaporkan daripada Sabah dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 152 kes (1.03%).

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…