Ketua Menteri Sabah Disahkan Positif COVID-19

Ketua Menteri Sabah Disahkan Positif COVID-19

0
SHARE
Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif COVID-19.

Menurut Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri, Effendi Mohamed Sunoh, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu kini menjalani kuarantin wajib di Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu.

“Semasa dalam kuarantin kendiri, beliau menjalani ujian COVID-19 sekali lagi dan hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.

“Kini beliau sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth bagi rawatan susulan dan keadaan kesihatan beliau baik serta stabil,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambah Effendi, walaupun sedang menjalani rawatan, Hajiji masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan, menerusi panggilan telefon dan sidang video selain pentadbiran kerajaan negeri berfungsi seperti biasa.

Sehubungan itu, Hajiji turut mengajak seluruh rakyat Sabah agar bertenang dan bersama-sama berdoa agar Sabah dan Malaysia selamat daripada COVID-19.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan memaklumkan Hajiji menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu selepas salah seorang kakitangannya positif COVID-19.