Dua Lelaki Ditahan Jual Syabu Di Donggongon

Dua Lelaki Ditahan Jual Syabu Di Donggongon

0
SHARE
Dadah
Empat paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenih syabu seberat 5.20 gram dianggarkan bernilai RM1,050 ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Dua lelaki ditahan dengan syabu dianggarkan bernilai RM2,150 dalam operasi berbeza dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) polis daerah ini.

Tangkapan pertama dibuat pada di Donggongon pada Jumaat (16 Feb) dengan penahanan seorang lelaki 20-an.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata pemeriksaan fizikal ke atas suspek menjumpai empat paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenih syabu seberat 5.20 gram dianggarkan bernilai RM1,050.00.

“Manakala tangkapan kedua dibuat pada 20 Feb (Selasa) juga di Donggongon.

“Suspek seorang lelaki 40-an memiliki enam paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 5.42 gram dengan nilai pasaran RM1,100.

“Kesemua tangkapan didapati positif dadah jenis methamphetamine hasil daripada ujian saringan awal air kencing dibuat,” katanya dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan.

Kedua-dua kes disiasat dibawah Seksyen 39 A (1) dan 15 (1)(A) Akta Dadah berbahaya 1952.

“Pihak polis menyarankan kepada masyarakat terutamanya ibu bapa untuk sentiasa mengawasi anak-anak supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan terus menjadi mata serta telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah,” tambahnya.