GERAKAN GULINGKAN HAJIJI OLEH MUSA AMAN MERUPAKAN FITNAH PALING JIJIK PARTI WARISAN

GERAKAN GULINGKAN HAJIJI OLEH MUSA AMAN MERUPAKAN FITNAH PALING JIJIK PARTI WARISAN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jentera Parti Warisan Sabah (WARISAN) dikecam kerana terus memfitnah Tan Sri Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) dalam satu kenyataan berkata: “WARISAN sudah tentu menyedari PRN-17 akan datang adalah persinggahan terakhir yang mana akan menyebabkan WARISAN akan terus dikuburkan oleh rakyat Sabah”.

“Justeru, fitnah melagakan Tan Sri Musa dan Hajiji kini menjadi modal politik mereka.”

Kenyataan fitnah yang disiarkan oleh media parti WARISAN itu kemudiannya dikongsikan pula oleh pemimpin WARISAN, kononnya Tan Sri Musa Aman bercadang untuk menggulingkan Hajiji adalah jelas tindakan jahat dan cukup jijik.

Tangkap layar kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh media parti Warisan Sabah…

BEBAS akan membuat laporan Polis dan meminta rakan-rakan gabungan juga membuat laporan Polis secara serentak di seluruh Sabah dan Semenanjung Malaysia dalam masa terdekat ini.

Media parti WARISAN turut memfitnah Tan Sri Musa Aman adalah individu yang menjadi punca tersebarnya isu tanah di Kudat membabitkan Hajiji.

BEBAS berkata lagi, umum mengetahui Tan Sri Musa Aman telah bersara sepenuhnya dari politik, tetapi terus diserang oleh pemimpin WARISAN.

“Kami telah menyiasat melalui orang paling rapat kepada Tan Sri Musa Aman dan menafikan sepenuhnya tuduhan oleh media WARISAN ini…

“Kami juga telah diminta oleh beliau untuk mengesan pemilik akaun Facebook yang menyebarkan fitnah untuk menyampaikan tuntutan saman,” tambah BEBAS.