KOTA KINABALU, SABAH – Satu kluster baharu dikesan di Sandakan, namun Sabah mencatat penurunan lapan (8) kes berbanding jumlah semalam.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah keseluruhan 224 kes hari ini juga menampakkan tanda penstabilan kes di Sabah.
“Kluster jenis tempat kerja ‘Jalan Labuk Batu 7’ berpunca dari seorang staf Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)…
“Saringan kontak rapat telah dijalankan terhadap ahli keluarga dan rakan sekerja kes indeks dan setakat ini, 19 lagi telah didapati positif termasuk tiga (3) kes baharu hari ini,” katanya.
Beliau berkata Hampir 97 peratus daripada jumlah kes yang didaftarkan hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, yang hanya memerlukan pemantauan atau rawatan sama ada di rumah atau pusat kuarantin.
“Bagi kategori yang memerlukan rawatan di hospital pula, terdapat empat (4) pesakit dalam Kategori 3, tiada pesakit dalam Kategori 4 dan dua (2) pesakit dalam Kategori 5…
“Satu (1) pesakit masih dalam penilaian,” katanya dalam sebuah rumusan harian kes.
Dalam pada itu, tiga (3) daerah, Kunak, Tongod dan Kalabakan mencatatkan sifar (0) kes.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (15 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 36 (47)
Tuaran – 31 (25)
Kota Belud – 19 (18)
Penampang – 18 (19)
Tenom – 17 (6)
Papar – 16 (9)
Sandakan – 16 (13)
Ranau – 11 (5)
Beaufort – 11 (7)
Kuala Penyu – 7 (13)
Kota Marudu – 6 (9)
Putatan – 6 (13)
Kudat – 5 (2)
Lahad Datu – 4 (0)
Sipitang – 4 (6)
Tawau – 4 (11)
Keningau – 3 (4)
Kinabatangan – 2 (6)
Nabawan – 2 (6)
Pitas – 2 (3)
Semporna – 1 (2)
Tambunan – 1 (5)
Beluran – 1 (1)
Telupid – 1 (1)
Kunak – 0 (0)
Tongod – 0 (1)
Kalabakan – 0 (0)





