Kes Harian COVID-19 Di Sabah Terus Meningkat

Kes Harian COVID-19 Di Sabah Terus Meningkat

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatat peningkatan sebanyak enam (6) kes COVID-19 berbanding semalam menjadikan jumlah pada hari ini sebanyak 231 KES.

Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 60 kes iaitu pertambahan 14 kes berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, faktor peningkatan kes mendadak di Kota Kinabalu adalah disebabkan 25 kes baharu yang melibatkan Kluster Bahtera Kinabalu.

“Bagi daerah Kota Kinabalu, selain daripada kes daripada Kluster, sebanyak 18 kes berpunca daripada Kes Bergejala, 11 kes daripada Saringan Kontak Rapat dan enam (6) kes lagi daripada lain-lain saringan…

“Enam (6) daerah tidak mencatat sebarang kes baharu. Kesemua daerah mencatatkan perubahan angka namun Kunak, Kalabakan dan Nabawan konsisten dengan catatan sifar kes,” katanya dalam rumusan harian.

Seramai 231 pesakit berada dalam Kategori 1 dan 2. Seorang dalam Kategori 3 dan dua (2) dalam Kategori 4. Dua (2) orang pesakit lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (31 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 60 (46)
Penampang – 26 (18)
Tuaran – 22 (37)
Kota Belud – 19 (14)
Beaufort – 18 (10)
Papar – 17 (12)
Kuala Penyu – 10 (2)
Ranau – 9 (12)
Putatan – 8 (11)
Keningau – 7 (13)
Kota Marudu -6 (2)
Lahad Datu -5 (2)
Sandakan – 5 (9)
Tambunan – 3 (7)
Telupid – 3 (2)
Tenom – 3 (1)
Tawau – 3 (15)
Beluran – 2 (4)
Kinabatangan – 2 (2)
Sipitang – 2 (1)
Kudat – 1 (2)
Semporna – 0 (1)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (0)
Pitas – 0 (2)
Tongod – 0 (1)
Kalabakan – 0 (0)