Pejabat Mufti Sabah, MUIS Pastikan Tiada Salahguna Platform Mengajar Agama Bagi Kepentingan...

Pejabat Mufti Sabah, MUIS Pastikan Tiada Salahguna Platform Mengajar Agama Bagi Kepentingan Politik

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri melalui Pejabat Mufti Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan memastikan tiada penyalahgunaan platform mengajar agama bagi kepentingan politik.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menyatakan pemantauan sentiasa dibuat dan setakat ini belum menerima sebarangan laporan atau aduan mengenai individu yang ditauliahkan mengajar perkara agama tetapi dalam masa sama mengambil kesempatan berpolitik.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Pelancaran Buletin M-2Care, di Wisma Muis sini, hari ini.

Mohd Arifin berkata pemantauan harus dilaksanakan secara berterusan bagi mengelakkan wujudnya sebarang salah faham, fitnah dan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Beliau mengulas berkenaan kes 32 tauliah mengajar agama Islam yang ditarik balik Majlis Agama Islam Selangor daripada aktivis politk hari ini.

Sebanyak 200 naskah buletin pertama mengenai program WAM-2 Care diterbit membabitkan jelajah Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas ke seluruh Sabah untuk menyampaikan bantuan ke sekolah agama negeri, tahfiz, madrasah, masjid serta surau sepanjang tahun 2020 dan 2021.

“Kami merancang untuk menerbit buletin ini bagi setiap suku tahun bermula tahun depan…

“Ia sebagai dokumentasi penting membabitkan semua aktiviti di bawah kementerian dan agensi berkaitan,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai Pengarah JHEAINS, Saifulzaman Sangul dan Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.