Polis Sedang Kenal Pasti Pelajar Terlibat Dalam Pergaduhan Tular Di Media Sosial

Polis Sedang Kenal Pasti Pelajar Terlibat Dalam Pergaduhan Tular Di Media Sosial

0
SHARE

SANDAKAN – Pihak polis akan mengenal pasti individu – individu yang terlibat dalam pergaduhan sekumpulan pelajar sekolah yang telah tular di laman media sosial dan dipercayai berlaku pada petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di Jalan Elopura di sini kira-kira jam 2 petang.

“Punca pergaduhan serta mereka yang terlibat sedang dikenal pasti oleh pihak polis…

“Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini malam Selasa.

Menerusi video yang berdurasi 21 saat itu, kelihatan sekurang-kurangnya 10 pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah menengah bergaduh dan turut kelihatan beberapa lelaki dewasa cuba meleraikan pergaduhan.

Abdul Fuad berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat kes itu Inspektor Micheal Goh menerusi talian 016-8741216 atau 089-203223.