Berang Dihalang Melawat Isteri Dan Anak, Seorang Lelaki Lepaskan Tembakan Di Hotel

Berang Dihalang Melawat Isteri Dan Anak, Seorang Lelaki Lepaskan Tembakan Di Hotel

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

BANGKOK, THAILAND – Seorang lelaki melepaskan tembakan selepas berang kerana dihalang untuk melawat isteri dan anak lelakinya berusia sembilan tahun di sebuah hotel kuarantin alternatif (ASQ) di Ao Nang di Krabi, Thailand.

Memetik laporan berita The Nation, kejadian yang berlaku lebih kurang jam 7 pagi Selasa (waktu tempatan) itu disebabkan oleh tindakan seorang pengawal keselamatan yang menghalang lelaki itu memasuki hotel yang mana digunakan sebagai Alternative State Quarantine (ASQ) untuk individu yang berisiko dijangkiti COVID-19.

Difahamkan lelaki itu dikatakan membawa buah tangan, durian untuk isteri dan anaknya, tetapi telah dihalang kerana semua pelawat dan durian tidak dibenarkan di premis hotel.

Dia yang berang, meninggalkan lobi hotel dan kembali kira-kira 15 minit kemudian dan cuba memasuki lif tetapi dihalang seorang pekerja hotel. Lelaki itu terus mengacukan pistol dan melepaskan tembakan ke arah tingkap.

Bagaimanapun, polis berjaya mengesan lelaki itu di sebuah ladang ternakan ayam dan dia ditangkap pada petang Selasa.

Suspek dikatakan turut menembak seorang pekerja di ladang tersebut sebelum ditahan. Pekerja itu dikejarkan ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

The Nation turut melaporkan bahawa Polis turut merampas sepucuk Revolver 38 dengan LIMA (5) butir peluru dan pistol 11mm yang mengandungi enam peluru.