Dua Premis Pinjaman Wang Disimbah Cat Merah, Polis Kota Kinabalu Buka Siasatan

Dua Premis Pinjaman Wang Disimbah Cat Merah, Polis Kota Kinabalu Buka Siasatan

0
SHARE

KOTA KINABALU: Polis Daerah ini mengesahkan menerima dua laporan berasingan membabitkan perbuatan khianat simbah cat ke atas premis pinjaman wang berlesen di Api-Api Centre dan Jalan Perpaduan, Kampung Air, dipercayai berlaku pada waktu malam berdasarkan rakaman CCTV.

Tiada kecederaan dilaporkan, namun kejadian itu menyebabkan kerosakan harta benda serta menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan premis dan kakitangan.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Polis telah merakam percakapan pengadu, melawat lokasi kejadian dan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya dalam sebuah kenyataan.