Empat Wanita BERSATU Bakal Bertanding PRU-15

Empat Wanita BERSATU Bakal Bertanding PRU-15

0
SHARE
Ketua Srikandi Sabah, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun...

KOTA KINABALU, SABAH – EMPAT (4) muka baharu dari sayap wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Ketua Srikandi Sabah, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun mengumumkan perkara itu kelmarin namun belum tiba masanya untuk menyatakan nama calon tersebut.

Beliau berkata keempat mereka itu berpotensi dan berkebolehan serta dikenali di peringkat akar umbi.

Jelasnya, perkara itu juga sudah dikemukakan kepada pemimpin tertinggi parti termasuk kepimpinan BERSATU Sabah dan Pusat.

Katanya Srikandi Sabah mahu mencalon sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita dalam 30 dalam PRU akan datang.

“Tetapi kadang kala kita kena realistik kerana kerusi itu ada calon lain dari parti kita…

“Belum tiba masanya untuk umum siapa (calon) tetapi nama mereka sudah kita kemukan kepada pucuk pimpinan parti,” katanya sambil menambah Srikandi Sabah mempunyai ramai lagi calon yang berpotensi.

Aziziah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, golongan wanita mempunyai peranan penting dalam masyarakat bukan sahaja sebagai ibu tetapi pemangkin kemajuan negara.

Bagi pada wanita Srikandi Sabah khususnya, Azizah melihat sendiri komitmen dalam melaksanakan tugas untuk parti walaupun menghadapi rintangan besar terutatamanya wabak COVID-19.

Di samping itu, beliau menyeru Srikandi di seluruh bahagian untuk meneruskan usaha-usaha di peringkat akar umbi bukan semata-mata untuk PRU tetapi demi perjuangan BERSATU.