Jumlah Kes COVID-19 Sabah Terus Menurun, Tetapi Kadar Positiviti Meningkat

Jumlah Kes COVID-19 Sabah Terus Menurun, Tetapi Kadar Positiviti Meningkat

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah merekodkan 210 jangkitan baharu, penurunan 15 kes berbanding jumlah semalam.*

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah sampel hari ini ialah 1,910 berbanding 2,130 semalam.

“Walau bagaimanapun, kadar positiviti lebih tinggi hari ini iaitu 11.18 peratus berbanding 10.66 peratus semalam…

“Sebanyak 23 daerah merekodkan sekurang-kurang 1 kes baharu dengan 6 daerah mencatatkan kes dua angka, iaitu Kota Kinabalu 71 kes (-13), Tawau 21 kes (+9), Penampang 19 kes (+1), Putatan 15 kes (-7), Sandakan 15 kes (-11) dan Tuaran 13 kes (-2).

“Papar kembali mencatat jangkitan satu angka dengan 4 kes baharu berbanding 15 kes pada hari sebelumnya.

“Hanya 4 daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu berbanding 11 daerah kelmarin,” kata beliau dalam rumusan harian kes.

Dalam pada itu terdapat satu (1) kes dalam Kategori 3 dan dua (2) kes dalam Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (22 Ogos 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 71 (84)
Tawau 21 (12)
Penampang 19 (18)
Putatan 15 (22)
Sandakan 15 (26)
Tuaran 13 (15)
Kota Belud 8 (7)
Beaufort 6 (0)
Kota Marudu 6 (3)
Tenom 5 (10)
Keningau 4 (3)
Papar 4 (15)
Tambunan 4 (0)
Kudat 3 (2)
Lahad Datu 3 (1)
Ranau 3 (0)
Beluran 2 (0)
Kinabatangan 2 (2)
Kuala Penyu 2 (0)
Kalabakan 1 (0)
Kunak 1 (0)
Nabawan 1 (0)
Pitas 1 (4)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (1)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)