KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes COVID-19 baharu di Sabah terus meningkat 315 berbanding semalam dengan 1,600 kes hari ini.
DUA (2) lagi kluster baharu dikesan iaitu kluster jenis tempat kerja di Kunak dan lagi melibatkan sebuah institusi pendidikan di Kota Kinabalu.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bilangan kes baharu di hampir semua daerah mencatatkan peningkatan,
“Terdapat empat daerah dengan kes baharu tiga angka iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Tuaran dan Penampang. Hanya dua daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu…
“Jumlah kluster aktif di seluruh Negeri Sabah ialah 26 kluster termasuk dua kluster baharu yang diisytiharkan hari ini.
“Walaubagaimanapun, hanya enam kluster yang merekodkan kes baharu berjumlah 27 kes hari ini,” katanya dalam rumusan harian kes.
Kluster Giram yang berlaku di Ladang Giram, Kunak, melibatkan seorang pekerja lelaki berumur 37 tahun.
Masidi berkata kes indeks terbabit mula bergejala selesma dan batuk pada 31 Januari dan menjalani saringan di klinik swasta pada hari.
“Saringan terhadap kontak sekerja dan kontak keluarga mendapati 19 lagi kes positif. Jumlah kumulatif kluster ini sebanyak 20 kes dan tiga kes baharu dilaporkan hari ini,” jelasnya.
Kluster Jalan Pintas Sembulan pula melibatkan asrama sekolah Maktab Sabah di ibu kota negeri.
Kluster tersebut melibatkan sekumpulan pelajar asrama yang terletak di Sembulan.
“Kes indeks kluster ini adalah seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun yang tinggal di asrama sekolah tersebut…
“Pelajar itu mula bergejala pada Khamis dan telah menjalani ujian PCR pada hari yang sama dan didapati positif.
“Dia telah dimasukkan ke pusat kuarantin manakala seramai 79 orang kontak rapat telah disaring dan 17 pelajar didapati positif. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif seramai 18 orang.
“Mereka yang didapati positif adalah dalam kategori bergejala ringan (Kategori 2) dan telah dihantar ke pusat kuarantin dan menerima rawatan yang sesuai,” katanya.
Sejumlah 1,587 dari 1,600 pesakit hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat lapan (8) kes dalam Kategori 3 dan lima (5) kes dalam Kategori 4.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (07 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 371 (309)
Sandakan – 322 (201)
Tuaran – 150 (150)
Penampang – 138 (108)
Tawau – 99 (78)
Putatan – 65 (36)
Papar – 61 (79)
Keningau – 60 (18)
Lahad Datu – 57 (56)
Beaufort – 54 (19)
Kuala Penyu – 35 (34)
Ranau – 32 (34)
Kota Belud – 31 (19)
Kota Marudu – 29 (33)
Kunak – 19 (34)
Tambunan – 16 (18)
Kudat – 16 (13)
Semporna – 13 (9)
Kinabatangan – 12 (8)
Sipitang – 6 (3)
Beluran – 4 (7)
Telupid – 4 (6)
Pitas – 3 (3)
Kalabakan – 2 (0)
Tenom – 1 (10)
Nabawan – 0 (0)
Tongod – 0 (0)