KOTA KINABALU, SABAH – Seorang pemotong rumput meninggal dunia setelah dihempap pokok tumbang ketika bekerja berhampiran SMK Tebobon di Jalan Tebobon, sini, pagi tadi.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa lelaki 35 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.
Panggilan kecemasan berhubung kes diterima pada jam 9.08 pagi.
Seramai 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas diketuai Saflan Sapri bergegas ke lokasi.
“Pasukan bomba bertindak memotong dahan-dahan pokok tersebut menggunakan gergaji berantai dan dialihkan ke tempat lain dan mangsa berjaya dikeluarkan.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap agensi.






