Pasangan Warga Emas Rentung dalam Kebakaran Rumah di Kudat

Pasangan Warga Emas Rentung dalam Kebakaran Rumah di Kudat

0
SHARE

KUDAT: Sepasang suami isteri warga emas maut selepas rumah dua tingkat jenis tidak kekal di Kampung Lausan Batu 4 musnah 100 peratus dalam kebakaran lewat malam Khamis.

Pusat Gerakan Operasi JBPM menerima panggilan pada jam 11.58 malam.

Menunrut sumber, jentera tiba di lokasi pada jam 12.36 pagi, namun operasi terjejas akibat jambatan sempit dan wayar elektrik rendah.

“Pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran sepanjang 400 kaki dengan dua pancutan dari tangki jentera.

“Kedua-dua mangsa, lelaki 74 tahun dan wanita 73 tahun, ditemui rentung di bilik tidur sekitar jam 1 pagi,” kata pegawai jurucakap agensi.

Mayat mangsa dikeluarkan secara berperingkat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 4.47 pagi.