Berhimpun Menentang Perlaksanaan PKP, Polis Nafi Guna Kekerasan Ke Atas Aktivis Mukmin...

Berhimpun Menentang Perlaksanaan PKP, Polis Nafi Guna Kekerasan Ke Atas Aktivis Mukmin Nantang

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Polis menafi sebarang unsur kekerasan atau ketidakkan hak dilakukan ke atas aktivis Mukmin Nantang dan 5 lelaki lain yang ditangkap selepas berhimpun menentang perlaksanaan PKP di daerah Tawau kemarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali dalam sebuah kenyataan hari ini membidas dakwaan artikel disiar sebuah portal berita yang melaporkan bahawa Mukmin, 27, telah dipukul di bahagian bahu dan dada badan oleh pihak polis semasa proses tangkapan.

“Pihak polis memandang serius dakwaan ini dan sebuah siasatan yang telah dijalankan mendapati bahawa ianya tidak benar…

“Orang ramai atau pihak-pihak tertentu harus mendapatkan fakta yang lebih tepat sebelum membuat sebarang dakwaan,” nasihat beliau.

Seorang guru juga diantara 7 orang lelaki lingkungan 27-31 tahun yang kini ditahan reman selama dua hari.

Hazani berkata seorang lagi aktivi Abdul Razak Bin Juddin telah hadir menyerah diri di IPD Tawau dan mengakui salah seorang dari peserta yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

“Pasukan Polis yang menjalankan tugas pemantauan pematuhan PKP yang berada ditempat kejadian telah mengarahkan suspek supaya bersurai namun tidak diendahkan dan perhimpunan masih diteruskan…

“Aktiviti itu terlarang kerana menyukarkan perlaksanaa penjarakan sosial dan pematuhan kepada arahan ketua pengarah sepertimana yang telah diwartakan oleh kerajaan

“Turut dirampaas adalah 9 keping kertas sepanduk tertera kata-kata provokasi,” tambahnya lagi.

Kesemua tangkapan disiasat di bawah 3 kesalahan iaitu Seksyen 25 Ordinan Darurat (Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) ( Pin ) 202, 188 Kanun Keseksaan dan 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Mukmin sebahagian dari kolektif mahasiswi Borneo Komrad yang menyasarkan pendidikan percuma kepada golongan PATI dan mempertengahkan seni anak muda di sini.