Berjimat Lebih Baik Dari Pelaksanaan Semula GST – Shafie 

Berjimat Lebih Baik Dari Pelaksanaan Semula GST – Shafie 

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Shafie Apdal mendakwa pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan menenggelamkan rakyat ke dalam lubang kewangan yang lebih dalam sedangkan menteri yang sepatutnya mengurangkan perbelanjaan peribadi mereka.

Beliau berkata ketika kuasa membeli berada pada tahap yang rendah sementara kadar pengangguran pula tinggi, jawapannya ialah dengan mengamalkan nilai berjimat cermat.

“Kerajaan sebaliknya harus hentikan pelaksanaan projek-projek mega yang tidak membawa pertumbuhan ekonomi yang besar untuk negara atau negeri…

“Harga barangan semasa senakin menaik dan walaupun mereka mengatakan GST akan dikenakan untuk barangan tertentu sahaja, saya pasti ia akan mewujudkan kesan ekonomi yang semakin merundum.

“Ini bukan masa yang sesuai untuk pelaksanaan semula.

“Bekas kerajaan Barisan Nasional mengaut RM30 bilion daripada GST dan hanya RM7 bilion dikembalikan kepada rakyat melalui pemberian wang tunai. Tetapi apa yang berlaku kepada wang yang lain? 

“Ekonomi dahulu tidak seteruk sekarang tetapi rakyat tetap merungut. Negara kita memerlukan dana untuk mengheret dirinya keluar daripada hutang tetapi bukan GST,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, rakyat Malaysia memerlukan cara pentadbiran yang komprehensif dan persekitaran betul ialah ketika rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup tinggi,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau berkata semua perbelanjaan berbayar percutian ke luar negara yang dibiayai oleh pembayar cukai untuk menteri-menteri berpangkat tinggi harus dihentikan selain membina negara yang mampan.

“Keselamatan makanan harus menjadi perkara utama Sabah, terutamanya dari segi penanaman padi, lebih banyak ladang buah-buahan dan seterusnya memperkasakan operasi hiliran pertanian. 

“Dengan 40 peratus daripada bekalan gandum dunia datang daripada perang yang koyak di Ukraine, saya meramalkan kemelesetan dunia akan berlaku sejurus tahun depan,” katanya.