‘Rumah’ Dirompak, AGM Warisan Ditangguh 

‘Rumah’ Dirompak, AGM Warisan Ditangguh 

0
SHARE
Shafie (duduk tengah) bersama ahli majlis tertinggi Warisan pada sidang media di ibu pejabat Warisan, Kolombong...

KOTA KINABALU, SABAH – Tindakan Parti Warisan Sabah (WARISAN) untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) baru-baru ini diabaikan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dedah presidennya hari ini.

Datuk Seri Shafie Apdal berkata mesyuarat yang sepatutnya diadakan bulan ini terpaksa ditangguhkan kerana “rumah” Warisan dirompak.

Ianya sebuah analogi yang digunakannya dalam menggambarkan kehilangan sejumlah ahli baru-baru ini yang dikatakannya sama ada dibeli atau ditekan oleh pihak lawan.

“Walaupun begitu, Warisan masih teguh dan sokongan akar umbi kekal kukuh dan tidak seperti yang dibesar-besarkan sesetengah pihak…

“Dinding kami telah dicuri dan tingkap dibeli, menyebabkan sukar untuk menaiki tangga kami sendiri. Tetapi kami sedang menguruskan dengan baik,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Kolombong di sini tadi.

Shafie berkata mereka akan merayu untuk penangguhan tersbut seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti berikutan notis yang diterima 26 Mei bulan lepas, sambil berkata pemilihan parti mesti diadakan dalam tahun ini.

“Kemungkinan besar ia akan bermula berikutan notis empat belas hari dinantara bulan Julai hingga Ogos. 

“Kami telah merancang untuk menangguhkannya sejak Disember tahun lalu,” tambahnya.

Ia adalah masa yang sama bekas naib presiden mereka, Datuk Peter Anthony, telah meninggalkan untuk membentuk Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat.

Sementara itu, Shafie yakin beliau akan tetap mengemudi kapal Warisan sambil menambah bahawa kawasan tertentu akan kekal milik mereka selepas PRU-15.

“Ianya permintaan daripada ahli-ahli untuk menangguhkan. Kita perlu menyusun semula parti sehinggalah kepada ketua bahagian,” tambahnya.

Ketika ditanya sama ada pendekatan ‘khemah besar’ akan mengukuhkan lagi kedudukan parti di sudut pembangkang, beliau menepisnya dengan berkata AGM merupakan keutamaan.

“Kami mengagumi kebebasan tetapi tiada lagi kelebihan dalam Warisan atau Pakatan Harapan…

“Ya, jika ada isu-isu mengenai rakyat Sabah, kami akan menjadi suara untuk membela. 

“Kami sedang mengkaji untuk membaiki ‘rumah’ kami sendiri terlebih dahulu sebelum berfikir untuk berpindah ke kononnya khemah besar di sana sini. 

“Saya sudah pernah bersama Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Namun negara memerlukan kepimpinan untuk menyatupadukan rakyat dan membebaskan kita daripada hutang. 

“Khemah besar tidak akan menyelesaikannya. Saya rasa saya sudah cukup. Saya mahu memastikan Warisan mendapat pengukuhan yang sewajarnya terlebih dahulu,” katanya.

Pada Jumaat, ahli Pakatan Harapan Sabah berkata pintu mereka sentiasa terbuka untuk kerjasama politik bersama Warisan.