Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri di Tiang Lampu Sembulan

Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri di Tiang Lampu Sembulan

0
SHARE

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berjaya diselamatkan selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan memanjat tiang lampu jalan di Kampung Sembulan Lama pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.06 pagi, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi.

Komander operasi, PBK I Mohd Zulfadli Usman berkata, mangsa ditemui berada di atas tiang lampu dan dipercayai cuba terjun.

“Pasukan bomba menjalankan usaha memujuk mangsa untuk turun dengan selamat sebelum berjaya menyelamatkannya,” katanya.

Operasi yang turut dibantu lima anggota Polis Diraja Malaysia itu berjaya dikawal pada jam 11.28 pagi dan tamat sepenuhnya empat minit kemudian.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan ahli keluarganya untuk tindakan lanjut.