Bomba Sukarela, Bantuan Sabah Terima BKKA Sebanyak RM409,800

Bomba Sukarela, Bantuan Sabah Terima BKKA Sebanyak RM409,800

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 1155 anggota Bomba Sukarela dan 211 Pegawai Bomba Bantuan Negeri Sabah menerima agihan RM409,800 menerusi Bayaran Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023.

BKKA itu akan dibayar secara ‘one-off’ berjumlah RM300 kepada setiap anggota oleh Jawatankuasa Persatuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dengan pemantauan balai bomba jagaan.

“Bayaran BKKA akan disalurkan secara terus dari JBPM Sabah ke akaun Persatuan PBS dan mula diagihkan pada 14 April 2022.

“Penyampaian Bantuan BKKA 2023 bagi Zon Kota Kinabalu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JBPM sabah kepada Pasukan Bomba Sukarela Unggun Jaya, PBS Pulau Gaya, PBS Kg Cenderamata 2 Likas, PBS Kg Kolonsunan Inanam dan PBS Penampang.

“Selain daripada Geran Bantuan RM 3000 kepada PBS setiap tahun, BKKA ini juga diharapkan dapat meringankan beban seterusnya memperkasa peranan sukarelawan Bomba dalam penyampaian khidmat kebombaan kepada masyarakat,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Kementerian Kewangan telah melulus dan menyalurkan peruntukkan berjumlah RM 3,022,800 juta kepada 8049 anggota sukarela dan 2027 PBB seluruh Malaysia.

Kerajaan melalui ucapan Belanjawan pada 24 Februari 2023 di Dewan rakyat mengumumkan bantuan BKKA bagi meringankan beban anggota sukarelawan dan bantuan menjelang Aidilfitri.