Bot Tunda Karam, Tiga Kru Hilang

Bot Tunda Karam, Tiga Kru Hilang

0
SHARE
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah...

KOTA KINABALU, SABAH – Operasi cari dan menyelamat (CARILAMAT) bagi bot tunda ‘Mega Jaya 2’ bersama tiga kru yang disyaki karam di perairan barat laut Pulau Matanani diteruskan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, pengadu yang juga merupakan pemilik bot tunda tersebut telah membuat laporan polis pada jam lebih kurang 9.30 pagi semalam.

“Tiga kru, Lim Chung Siong, 24, Wilson Paul Joseph, 31 dan Yee Lih Min, 22, kesemuanya warga tempatan, berada di atas bot ketika kejadian berlaku…

“Operasi CARILAMAT diaktifkan pada jam lebih kurang 11.00 malam semalam dengan mengatur gerak KM Bistari ke lokasi bot bagi melakukan pemantauan dan pencarian awal.

“Operasi CARILAMAT pada pagi ini turut melibatkan agensi sahabat daripada PDRM dan TLDM,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliau berkata kawasan pencarian terbahagi kepada tiga sektor dengan keluasan 176 batu nautika.