Wanita Parah Dalam Dua Kemalangan

Wanita Parah Dalam Dua Kemalangan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Enam kenderaan lain menjadi mangsa setelah sebuah kenderaan Toyota Vios memasuki laluan yang bertentangan di jalan dekat bulatan Telipok Ria sini semalam.

Penumpang wanita dalam Toyota Vios berkenaan patah tangan manakala pemandunya, seorang lelaki, mengalami cedera ringan…

Jenis kenderaan terlibat, sebuah Proton Iswara, Perodua Viva dan dua buah Proton FLX serta dua buah Perodua Myvi.

Panggilan kecemasan MERS999 berhubung kes diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah pada pukul 8.30 malam.

“Terdapat empat (4) orang mangsa terlibat mengalami kecederaan dan menerima rawatan awal dari EMRS dan pegawai perubatan.

“Mangsa dihantar ke Hospital menggunakan kenderaan EMRS untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Seorang lelaki dan perempuan menaiki Proton Iswara juga dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

“Pemeriksaan dijalankan di sekitar lokasi dan setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan pada jam 9.06 malam,” katanya lagi.

Pada jam 11.40 malam yang sama di pekan Kota Marudu, seorang wanita cedera parah manakala tiga (3) lagi mangsa dalam kenderaan Perodua Kancil cedera ringan, setelah bertembung dengan sebuah Toyota Hilux.

Keempat-empat mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan.

“Mereka seterusnya dihantar ke Hospital menggunakan Ambulan untuk rawatan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 12.10 pagi,” katanya.