Penunggang Motosikal Maut Rempuh Tiga Kereta Di Jalan Kolombong

Penunggang Motosikal Maut Rempuh Tiga Kereta Di Jalan Kolombong

0
SHARE
Motor
Motosikal dan mayat mangsa di tempat kejadian ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang ‘runner’ alat ganti maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh tiga buah kereta berhampiran di Jalan Kolombong, sini, pagi tadi.

Kakitangan perubatan mengesahkan lelaki berusia 21 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan insiden 8.30 pagi itu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di Alam Mesra dalam perjalanan ke tempat kerjanya selama dua bulan di Penampang.

Siasatan awal polis mendedahkan kemalangan pada awalnya berlaku selepas lelaki terbabit melanggar cermin sisi kiri Perodua Aruz.

“Mangsa kemudian hilang kawalan dan melanggar sebuah van Nissan di hadapan, dan terpelanting ke bahagian belakang kanan Perodua Myvi.

“Akibat itu mangsa mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata sumber polis.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat manakala abang mangsa turut berada di tempat kejadian.

Turut berlaku kesesakan lalu lintas selama dua jam dari kedua-dua arah menuju ke Tuaran dan ke pusat bandaraya ekoran orang ramai yang memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan kejadian.