Sabah Teruskan Trend Penurunan Kes COVID-19 Hari Ini

Sabah Teruskan Trend Penurunan Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah meneruskan trend penurunan kes COVID-19 baharu dengan catatan 108 KES hari ini, iaitu 19 kes lebih rendah daripada jumlah semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah Ranau “menjuarai” daerah lain di Sabah dengan mencatatkan kes baharu yang tertinggi, iaitu 26 kes berbanding hanya 10 kes kelmarin.

“Ranau bersama Tuaran 16 (-6), Kota Kinabalu 14 (-17) dan Penampang 10 (-2) adalah empat daerah yang masih mencatat kes baharu pada kadar dua angka…

“Semua daerah lain hanya mencatat kes baharu satu angka dengan sembilan (9) daerah tanpa sebarang kes baharu,” katanya dalam rumusan harian kes.

Sebanyak 104 pesakit hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

Hanya dua (2) kes dalam Kategori 3 dan masing-masin satu (1) kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

“Berasaskan kepada jumlah kes harian pada 25/12/21, jangkaan kadar kebolehjangkitan atau R0/RT bagi seluruh negara ialah 0.88 dan bagi Sabah 0.81…

“Kadar R0/RT yang lebih rendah adalah penanda-aras kedudukan jangkitan yang semakin berkurangan dan terkawal,” tambah Masidi.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (26 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Ranau – 26 (10)
Tuaran – 16 (22)
Kota Kinabalu – 14 (31)
Penampang – 10 (12)
Keningau – 7 (0)
Tawau – 6 (10)
Kota Belud – 6 (8)
Putatan – 5 (8)
Kuala Penyu – 4 (4)
Kota Marudu – 3 (2)
Tambunan – 2 (1)
Papar – 2 (6)
Beaufort – 2 (1)
Telupid – 1 (0)
Lahad Datu – 1 (0)
Sipitang – 1 (0)
Tenom – 1 (2)
Kudat – 1 (2)
Semporna – 0 (3)
Beluran – 0 (2)
Sandakan – 0 (2)
Kinabatangan – 0 (0)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (1)
Pitas – 0 (0)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)