Sebanyak 48 Projek ‘People Centric’ Telah Dilaksanakan Di Pensiangan – Arthur Joseph

Sebanyak 48 Projek ‘People Centric’ Telah Dilaksanakan Di Pensiangan – Arthur Joseph

0
SHARE

PENSIANGAN, SABAH – Penduduk di sini menerima manfaat pembangunan melalui Projek-Projek Kecil Berimpak Tinggi yang disampaikan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Sebanyak 48 projek ‘people centric’ yang merangkumi pembaikan infrastruktur dan fasiliti rosak telah dilaksanakan sepanjang tahun 2020 dan 2021.12.19

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata ia merangkumi pembaikan Dewan Komuniti, pembaikan jambatan, pembaikan Balai Budaya, pembaikan Sistem Bekalan Air Graviti dan pelbagai lagi.

“Khusus bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan pula, sebanyak 24 projek pembaikan telah dilaksanakan bagi tahun 2020 dan 2021 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.59 juta…

“Jeti Kampung Buntulon, Pagalungan yang dirasmikan pada hari ini mencerminkan Kerajaan yang cakna dan prihatin kepada pembangunan infrastruktur berdasarkan keperluan lokaliti setempat.

“Pembangunan tersebut turut diberi keutamaan kepada masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman selaras dengan semangat ‘keterangkuman’ di dalam Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah merasmikan Majlis Perasmian Mukim Pagalungan bertempat di Rumah Panjang Kampung Buntulon pagi tadi.

Arthur merasmikan tapak tamu dan jeti Kampung Buntulon di Pagalungan…

Antara projek-projek yang diserahkan termasuk Jeti Kampung Buntulon, Jambatan Pekan Pensiangan, Balai Budaya Kampung Mangkum, Pagalungan beberapa projek kecil lain yang memberi impak kepada kehidupan seharian penduduk Pensiangan.

Beliau turut menyerahkan baju korporat pengamal adat Mahkamah Anak Negeri Pagalungan dan baju korporat JPKK serta seiausaha Mukim Pagalungan. Hadir sama Tuan Roger Appolonius, Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil Pagalungan dan pemimpin-pemimpin setempat.

Katanya, pembinaan jeti itu merupakan pembangunan infrastruktur asas yang signifikan kepada penduduk di sekitar kawasan Pagalungan yang menggunakan sungai sebagai kaedah pengangkutan utama untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

“Pembaikan jeti dengan peruntukan sebanyak RM200 ribu akan memberi manfaat kepada penduduk di sekitar Kampung Buntulon dan kawasan berhampiran…

“Infrastruktur yang inklusif dan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob selari dengan hasrat ‘tiada yang tertinggal’ yang digariskan di dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rancangan Malaysia Kedua Belas,” tambahnya.

Beliau berkata dengan sokongan rakyat yang utuh, landskap politik yang stabil dan menjurus kepada pemulihan ekonomi lancar akan dapat merealisasikan aspriasi Kerajaan memakmurkan negara dan rakyat di setiap pelusuk kawasan.