SOOK, SABAH – Seorang warga emas rentung dalam kereta selepas kenderaan jenis Proton Saga yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda di Jalan Sook – Nabawan di sini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan kebakaran sempat dipadam orang awam sebelum ketibaan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sook berjarak kira-kira 19 km daripada lokasi.
Balai berkenaan menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 10.31 pagi.
“Mangsa lelaki, Wahab Marjuki, setersunya diserahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan lanjut…
“Manakala seorang pemandu kenderaan Isuzu Dmax mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar oleh orang awam ke Hospital,” katanya.