BUNG DINASIHATKAN LETAK JAWATAN TIMBALAN KETUA MENTERI SELEPAS USAHA GULINGKAN HAJIJI GAGAL

BUNG DINASIHATKAN LETAK JAWATAN TIMBALAN KETUA MENTERI SELEPAS USAHA GULINGKAN HAJIJI GAGAL

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Datuk Seri Bung Moktar Radin dinasihatkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah selepas usaha menggulingkan Datuk Seri Hajiji gagal.

Menurut Penganalisis Politik Badan Pemikir Cintanusa, Palembang Syihab berkata, dari sudut moral Bung sepatutnya meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri termasuk jawatan Menteri selepas usaha menggulingkan Hajiji gagal.

Usaha menggulingkan Hajiji menemui kegagalan menerusi ‘Langkah Sutera’ dipercayai gagal apabila sebahagian wakil rakyat UMNO termasuk Pakatan Harapan enggan menyokong usaha yang dibuat oleh Bung Moktar.

Menurut sumber “Langkah Sutera” ini turut digerakkan bersama oleh Bung, Salleh Tun Said Keruak termasuk Ramie Unggi, Jafry Ariffin dan beberapa adun lain.

Sepatutnya, sidang media yang dijadualkan petang kelmarin (5 Jan) dilakukan secara berasingan daripada Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun, kedua-dua sidang media dibatalkan selepas beberapa orang wakil rakyat UMNO enggan menyokong Shafie dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah bagi menggantikan Hajiji.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turut dilihat mengadakan pertemuan dengan sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS dan Pakatan Harapan (PH) Sabah pada malam Khamis.

Hajiji bersama sebahagian besar ADUN PH dan GRS bergambar dalam satu pertemuan di Kota Kinabalu. Kesemua ADUN PH berikrar akan terus menyokong kepimpinan Hajiji…

Syihab berkata lagi selain Bung, Menteri dan Pembantu Menteri yang menyokong gerakan Bung sepatutnya meletak jawatan.

“Kita ketika ini berbicara tentang isu moral, bagaimana Bung termasuk Menteri yang menyokong gerakan Bung boleh bersama dengan Hajiji dalam kabinet dan dalam masa yang sama mereka telah hilang kepercayaan terhadap Hajiji.

“Negeri Sabah ketika ini memerlukan barisan kabinet yang boleh bekerja bersama dengan Ketua Menteri Sabah.

“Sabah menerima jumlah pelaburan ketiga terbesar di Malaysia dengan jumlah pelaburan dengan unjuran pelaburan terus asing (FDI) melebihi RM7 bilion pada tahun 2022…

“Isu kepercayaan terhadap Ketua Menteri amat penting dalam mengurus tadbir negeri.

“Ini amat penting untuk meyakinkan pelabur luar untuk melabur di Sabah.

“Jawatan Bung sebagai Timbalan Ketua Menteri boleh diberikan kepada Datuk Yakub Khan”.

Datuk Yakub Khan…

“Ini tidak menimbulkan masalah memandangkan Yakub adalah Timbalan Ketua UMNO Sabah,” Syihab berkata lagi.