COVID-19: KKM LAPORKAN 6 KEMATIAN HARI INI, WUJUD 8 LAGI KLUSTER BAHARU...

COVID-19: KKM LAPORKAN 6 KEMATIAN HARI INI, WUJUD 8 LAGI KLUSTER BAHARU DAN 1,870 KES BAHARU

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dukacita memaklumkan terdapat ENAM (6) kematian hari ini yang menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 463 kes (0.4%).

Semua kes kematian yang direkodkan hari ini adalah daripada Sabah (Kota Kinabalu, Lahad Datu & Keningau), Johor Bahru dan Selangor.

KKM turut memaklumkan bahawa terdapat lagi kewujudan LAPAN (8) kluster baharu hari ini iaitu; Kluster Tembok Choh (Johor), Kluster Tapak Bina Broga (Selangor), Kluster Tapak Bina Jalan Stesen (Kuala Lumpur), Kluster Slot Berjaya (Kuala Lumpur), Kluster Jalan nikolas (Kuala Lumpur), Kluster Gerbang Pongsu (Perak), Kluster Damai Ketari (Pahang), dan Kluster Alor (Kedah).

KKM melalui siaran langsung pada Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi turut memaklumkan JOHOR mencatatkan angka tertinggi kes baharu positif COVID-19 di Malaysia selepas merekodkan 607 KES daripada 1,870 KES harian yang dilaporkan hari ini.

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana JOHOR mencatat kes tertinggi hari ini (30 Disember 2020) sebanyak 607 KES daripada keseluruhan 1,870 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 110,485 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 22,562 kes.

DARIPADA 1,870 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak DUA (2) Kes import, manakala 1,868 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 30 Disember 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

Kes sembuh yang dilaporkan hari ini hanya sebanyak 745 KES pesakit telah sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 87,460 kes (79.2%).

Menurut laporan itu juga, sebanyak 131 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 62 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.