KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dukacita memaklumkan kes baharu positif COVID-19 kembali mencecah 22,000 dengan 22,642 kes dilaporkan hari ini (25 Ogos).
Menurutnya yang dipetik pada laman media sosial Facebook miliknya berkata, semua negeri mencatatkan pertambahan kes menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 meningkat kepada 1,616,244 kes.
Merujuk kepada infografik yang dikongsi melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beliau memaklumkan Selangor kekal sebagai negeri tertinggi melaporkan pertambahan kes dengan 6,325 kes baharu diikuti Sabah (3,224 kes) dan Kedah (2,279 kes).
“Selain itu Johor merekodkan 1,832 kes, Sarawak (1,667), Pulau Pinang (1,427), Kelantan (1,424), Perak (1,390) dan Kuala Lumpur (1,128)…
“Turut melaporkan pertambahan ialah Terengganu dengan 744 kes, Pahang (522), Melaka (342), Negeri Sembilan (268), Perlis (44), Putrajaya (21) dan Labuan (empat),” katanya lagi.