Cubaan Seorang Lelaki Terjun Dari Tingkat 11 Hospital Queen Dihentikan

Cubaan Seorang Lelaki Terjun Dari Tingkat 11 Hospital Queen Dihentikan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Cubaan seorang lelaki berusia 43 tahun yang mengalami tekanan sehingga memilih untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 Hospital Queen Elizabeth 1 di sini berjaya dihentikan dengan pujukan daripada pasukan anggota Bomba dan pihak keselamatan hospital.

Proses memujuk mengambil masa kira-kira sejam dalam insiden 9.13 malam semalam.

Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu berada di lokasi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa berjaya di bawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 10.30 malam,” kata seorang jurucakap agensi.