Empat PPS Di Pitas Ditutup Susulan Air Banjir Makin Surut

Empat PPS Di Pitas Ditutup Susulan Air Banjir Makin Surut

0
SHARE
Anggota Angkatan Pertahanan Awam sedang melaksanakan operasi pemantauan dan pemindahan di Kota Marudu semalam...

PITAS, SABAH – Keempat-empat Pusat Pemindahan Semetara (PPS) daerah ini ditutup tengah hari tadi ekoran penyurutan air bajir dan cuaca yang kembali cerah.

Pusat Kawalan Operasi Bencana Pitas mencatat seramai 285 penduduk yang ditempatkan di Dewan SK Salimpodon, Dewan Kampung Kusilad, SK Pekian dan Dewan Kampung Kabatasan sejak lima hari lalu.

Pegawai Daerah Pitas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pitas, Firuz Idzualdeen berkata, arahan operasi penghantaran pulang mangsa-mangsa telah diberikan.

“Saya juga meminta agar pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dengan bantuan agensi keselamatan melakukan kerja-kerja pembersihan serta proses nyahjangkitan (disinfeksi) virus COVID-19 di PPS yang terlibat…

“Ianya bagi mencegah risiko penularan virus tersebut serta lain-lain penyakit berjangkit,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi JBPD Kota Marudu, Alexander Yong memaklumkan bahawa sebanyak 14 buah PPS Banjir dalam daerah tersebut akan mula ditutup bermula pukul 1 tengah tadi kerana keadaan yang turut beransur pulih.

Kota Marudu merupakan daerah dengan jumlah mangsa tertinggi melibatkan 3,136 mangsa (1,616 keluarga) sejak 31 Disember 2021.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, air sungai di daerah Kinabatangan telah meningkat secara pelahan.

Keadaan di sebuah PPS yang masih aktif di Kinabatangan…

“Lapan (8) keluarga melibatkan 34 mangsa telah dipindahkan ke pusat transit sementara Dewan Danau Ria…

“Warga penduduk terkesan dibenarkan tinggal di Balai Raya sehingga paras air surut,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.