Kota Kinabalu Daerah Tertinggi Catat Kes COVID-19 Di Sabah Hari Ini

Kota Kinabalu Daerah Tertinggi Catat Kes COVID-19 Di Sabah Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan 245 KES pada hari ini iaitu penurunan sebanyak 35 kes berbanding semalam.

Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 43 kes diikuti oleh Tuaran dengan 33 kes. Hanya dua (2) daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sejumlah 13 daerah mencatatkan penambahan kes namun tidak ada daerah yang menunjukkan peningkatan ketara.

“Dikalangan 12 daerah yang mencatat penurunan, terdapat tiga (3) daerah yang menunjukkan penurunan agak besar, iaitu Kota Belud -24 kes, Keningau -12 kes dan Putatan -10 kes,” katanya dalam rumusan harian kes.

Sejumlah 242 pesakit hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2. Tiga kes berada dalam Kategori 3, manakala tidak ada kes yang direkodkan dalam Kategori 4 atau 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (06 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 43 (41)
Tuaran – 33 (40)
Beaufort – 18 (9)
Kota Belud – 17 (41)
Penampang – 16 (13)
Papar – 15 (9)
Tambunan – 10 (10)
Ranau – 10 (11)
Tawau – 10 (4)
Nabawan – 8 (0)
Putatan – 8 (18)
Sipitang – 7 (6)
Sandakan – 6 (11)
Kota Marudu – 6 (11)
Keningau – 6 (18)
Pitas – 5 (2)
Semporna – 4 (0)
Kuala Penyu – 4 (13)
Beluran – 4 (3)
Tenom – 4 (7)
Tongod – 3 (1)
Kalabakan – 3 (0)
Telupid – 2 (4)
Kudat – 2 (1)
Kunak – 1 (1)
Lahad Datu – 0 (4)
Kinabatangan – 0 (2)