DAPSY Sabah: Jeffrey Jangan Alih Perhatian Skandal Rasuah dengan Serang PH

DAPSY Sabah: Jeffrey Jangan Alih Perhatian Skandal Rasuah dengan Serang PH

0
SHARE

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sabah, Chan Loong Wei mengecam Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Jeffrey Kitingan kerana didakwa cuba mengalihkan perhatian daripada skandal rasuah dengan menyerang Pakatan Harapan (PH).

Chan berkata, seorang ahli politik berpengalaman tidak sepatutnya menggunakan taktik murahan demi kelangsungan politik, sambil menegaskan skandal itu perlu dijawab oleh Jeffrey sendiri.

Beliau merujuk pendedahan 12 tangkap layar WhatsApp oleh pemberi maklumat bernama Albert, Seperti dilaporkan MalaysiaKini, yang mendakwa Jeffrey menerima wang sogokan antara April hingga Disember 2023, termasuk transaksi berkaitan “hadiah Krismas” dan “yuran pembelian tanah”.

“Bukti hitam putih ini menunjukkan Jeffrey sendiri meminta dana termasuk RM200,000 untuk urusan tanah serta perbelanjaan peribadi. Mengaitkan PH hanyalah cubaan menutup isu sebenar,” kata Chan.

Beliau menegaskan PH akan terus berpegang kepada prinsip integriti dan tadbir urus baik, serta menggesa Jeffrey berhenti menjadikan PH kambing hitam.

“Rakyat mahukan kebenaran, bukan sandiwara politik,” tegasnya.