DBKK AJAK WARGA PUSAT BANDAR DAPATKAN VAKSIN SECARA ‘WALK-IN’ DI PADANG MERDEKA

DBKK AJAK WARGA PUSAT BANDAR DAPATKAN VAKSIN SECARA ‘WALK-IN’ DI PADANG MERDEKA

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengajak warga pusat bandar ini yang belum divaksin untuk mendapatkannya secara ‘walk-in’ (datang tanpa temu janji) bermula esok (30 Ogos) sehingga 1 September di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.

Mayor Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip berkata program vaksinasi tersebut diadakan seawal jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Datuk Bandar (Mayor) Kota Kinabalu, Puan Noorliza Awang Alip…

“Ini bagi mencapai sasaran 100 peratus warga bandaraya divaksin sekurang-kurangnya dengan satu (1) dos…

“Pihak DBKK berharap warga bandaraya memberi kerjasama bagi menjayakan program ini dan memahami kepentingan mendapat suntikan vaksin.

“Sentiasa patuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mempercepat proses pemberian vaksin,” nasihat beliau dalam sebuah kenyataan media hari ini.