KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian COVID-19 di Sabah menandakan sedikit penurunan (256 kes) dari jumlah 2,834 kelmarin.
Jurucakap Perkembangan COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun walau bagaimanapun berkata, jumlah 2,578 KES tersebut yang dicatatkan hari ini (29 Ogos) masih tinggi bagi Sabah.
Virus itu turut dikesan dalam 235 orang kanak-kanak yang berumur satu (1) hingga lima (5) tahun dan 34 bayi di bawah satu (1) tahun.
“Daerah Tuaran melambung 288 kes hari ini dimana hampir 84 peratus kes di daerah itu adalah dikalangan kontak rapat…
“Kes di Daerah Penampang pula turun 268 dan secara keseluruhan 41 peratus datang daripada saringan bergejala,” jelasnya.
Saringan kontak rapat menyumbang 1,605 kes atau 62.3 peratus daripada keseluruhan kes hari ini di mana 222 pesakit adalah warganegara asing.
“Kota Kinabalu merekodkan peratusan saringan bergejala yang paling tinggi yakni 249 kes (42.5 peratus)…
“Sejumlah 1,442 kes merupakan kes daftar lewat antara 2 hingga 5 hari. Jumlah pesakit tertinggi (1,887) berada dalam Kategori 2 penyakit itu.
“Setakat semalam, 56.3 peratus penduduk dewasa negeri Sabah telahpun memperolehi sekurang-kurangnya satu dos dan 37.1 peratus telahpun melengkap pengambilan vaksin,” kata beliau.
Dalam pada itu, 20,579 kes dicatat seluruh negara pada hari ini yang mana Sabah masih menjadi negeri kedua tertinggi di Malaysia selepas Selangor yang mencatatkan 4,591 kes baharu positif COVID-19 hari ini (29 Ogos).
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (29 Ogos) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 586 (603)
Penampang – 128 (396)
Sandakan – 249 (271)
Kinabatangan – 38 (80)
Tawau – 206 (174)
Papar – 117 (223)
Tuaran – 469 (181)
Keningau – 84 (108)
Lahad Datu – 63 (105)
Telupid – 101 (53)
Putatan – 58 (88)
Beluran – 5 (7)
Kalabakan – 18 (22)
Kota Belud – 111 (82)
Kota Marudu – 52 (88)
Kudat – 23 (25)
Tongod – 48 (11)
Beaufort – 20 (32)
Tenom – 50 (63)
Ranau – 44 (41)
Nabawan – 28 (33)
Pitas – 35 (74)
Kunak – 12 (28)
Tambunan – 6 (12)
Sipitang – 12 (23)
Semporna – 10 (9)
Kuala Penyu – 5 (1)