Amaran Tsunami Selepas Letusan Gunung Ruang, 11,000 Penduduk Diarah Pindah

Amaran Tsunami Selepas Letusan Gunung Ruang, 11,000 Penduduk Diarah Pindah

0
SHARE
Lava cair panas marak di kawah Gunung Ruang ketika ia meletus di Kepulauan Sanguine, Indonesia, semalam...(Sumber Foto: AP)

JAKARTA, INDONESIA – Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran tsunami semalam selepas letusan di gunung Ruang menghantar abu setinggi ribuan kaki.

Pihak berkuasa menaikkan amaran gunung berapi mereka ke tahap tertinggi.

Lebih 11,000 orang penduduk diarahkan meninggalkan kawasan itu dengan sekurang-kurangnya 800 penduduk dilaporkan telah keluar awal kelmarin.

Gunung berapi di sebelah utara pulau Sulawesi mempunyai sekurang-kurangnya lima letusan besar dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bencana Geologi Indonesia.

Berpenduduk 270 juta orang, Indonesia mempunyai 120 gunung berapi aktif yang terdedah kepada aktiviti gunung berapi kerana ia terletak di dalam “Lingkaran Api” iaitu satu siri garis sesar seismik berbentuk ladam di sekitar Lautan Pasifik.

Pihak berkuasa menggesa pelancong untuk tinggal di kawasan berjarak sekurang-kurangnya 6 kilometer dari gunung berapi kerana bimbang sebahagian daripada gunung berapi itu boleh runtuh ke laut dan menyebabkan tsunami.

Keselamatan Pulau Tagulandang di timur laut gunung berapi itu turut diancam dan penduduknya adalah antara yang diarah berpindah.

Agensi Mitigasi Bencana Nasional Indonesia berkata penduduk akan dipindahkan ke bandar berhampiran, Manado, di pulau Sulawesi, iaitu perjalanan selama enam jam dengan bot.

Pada 2018, letusan gunung berapi Anak Krakatau di Indonesia menyebabkan tsunami di sepanjang pantai Sumatera dan Jawa selepas bahagian gunung itu jatuh ke lautan, mengorbankan 430 orang.