Pistol Semi Automatik Dirampas, Jenazah Anak Ketua Polis Lahad Datu Dikebumikan

Pistol Semi Automatik Dirampas, Jenazah Anak Ketua Polis Lahad Datu Dikebumikan

0
SHARE

PETALING JAYA, SABAH – Tiada sebarang unsur jenayah ditemui mahupun sebarang tangkapan dibuat mengenai kes kematian anak perempuan Ketua Polis Lahad Datu yang dipercayai tertembak dirinya pada Selasa.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Shahurinain Jais berkata sepucuk pistol semi automatik jenis Walther P99 milik ACP Dzulbaharin Ismail telah dirampas.

“Kes diklasifikasikan kematian mengejut (SDR).Tiga saksi sudah memberi keterangan untuk membantu siasatan polis, namun enggan mendedahkan identiti mereka,” katanya memetik Berita Harian.

Mangsa 14 tahun itu ditemui kakaknya, 16, berlumuran darah dalam sebuah bilik di Taman Tabanak, Lahad Datu.

Ketika itu, ayah mereka difahamkan sedang berada di Kinabatangan atas urusan pindah rumah susulan kenaikkan pangkat.

Nur Arisya Zafrina Dzulbaharin, 14, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Khamis pada jam 5.30 petang semalam.