Kalimah Suci Islam Pada Selipar Hotel

Kalimah Suci Islam Pada Selipar Hotel

0
SHARE
SITIAWAN, PERAK – Kini tular beberapa keping foto di laman media sosial Facebook yang mengundang kemarahan para netizen. Foto tersebut yang memaparkan selipar di salah sebuah cawangan hotel di Sitiawan yang dilapiskan menggunakan keratan kertas yang mengandungi kalimah-kalimah arab, termasuk dua kalimah syahadah, menjadi tular serta dikongsi di media sosial dan juga aplikasi WhatsApp.

Foto-foto yang dimuat naik oleh laman Facebook Kelab Info Malaya dan beberapa laman Facebook lain itu memaparkan keadaan selipar-selipar berkenaan yang telah dikoyak bagi diperiksa isi dalamnya.

Menurut sumber di laman media sosial Facebook – Kelab Info Malaya, pihak hotel sendiri mengakui terkejut dan tidak mengetahui isi kandungan alas selipar tersebut yang diperoleh dari pembekal.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) telah mengesahkan insiden tersebut dan laporan polis telah pun dibuat untuk siasatan lanjut.