SIBU, SARAWAK – Kegembiraan sekeluarga bermandi-manda bertukar tragedi apabila dua kanak-kanak dari Rumah Panjang Ekaw, Nanga Sungai Semawang, Kapit, ditemukan lemas kira-kira 20 kilometer (km) dari sini pada Khamis.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kedua-dua mayat mangsa ditemukan di Batang Rajang pada 7.30 pagi…
Kanak-kanak lelaki Damien Dashlley Sedan Donny, 9, dan kanak-kanak perempuan Chelsea Charity Darrie Ricky, 10, dilaporkan hanyut dibawa arus sungai semasa mandi-manda bersama keluarga pada petang Selasa lepas, iaitu sehari sebelum perayaan Gawai Dayak.