COVID-19: SEBANYAK 799 KES DILAPORKAN HARI INI, 3 KEMATIAN SEMUA DARIPADA SABAH

COVID-19: SEBANYAK 799 KES DILAPORKAN HARI INI, 3 KEMATIAN SEMUA DARIPADA SABAH

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 491 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 20,248 kes (65.55%).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah, beliau memaklumkan kes positif direkodkan sebanyak 799 KES hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 30,889 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 10,392 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 30 Oktober 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 799 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, semua KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 90 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 20 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM dukacita memaklumkan terdapat TIGA (3) kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 249 kes (0.81%).

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SABAH masih mencatat kes tertinggi hari ini (30 Okt) sebanyak 466 KES daripada keseluruhan 799 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)