Dr. Joachim (belakang, dia dari kanan) bersama dengan Thomas (empat dari kiri) bergambar kenangan dengan kanak-kanak dari Rumah Anak Kesayangan pada malam tadi...
KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 20 kanak-kanak yatim piatu dari Rumah Anak Kesayangan, Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Muhammad diraikan di Majlis Sambutan Raya Kaamatan 2022 Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa, di sini kelmarin.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang turut hadir berharap agar majlis seperti ini akan terus memangkin semangat, inspirasi dan kekuatan kepada semua untuk terus bersatu memantapkan perpaduan bagi menjamin kestabilan, keamanan dan kemalmuran khususnya di negeri ini.
“Adalah menjadi harapan saya agar majlis ini juga memberi peluang kepada warga MID, agensi dan jabatan di bawah Kementerian untuk merapatkan hubungan…
Dr. Joachim sambil diiringi Thomas menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dalam Majlis Raya Kaamatan berkenaan…
“Secara tidak langsung, ia dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita.
“Kerana itu, adalah wajar penganjuran majlis melalui smart partnership antara MID dan jabatan serta agensi ini disokong dan diteruskan bagi mencapai matlamatnya,” katanya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.