KOTA KINABALU, SABAH – Dua tuan rumah akan berfikir masak-masak selepas masing-masing memanggil bantuan pasukan Bomba untuk memadamkan api di ruangan memasak rumah.
Panik ketika memanggang ikan, seorang tuan rumah di Taman Teluk Villa, Putatan semalam sempat memadamkan api sendiri sebelum ketibaan anggota.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata anggaran kemusnahan sekitar 5 peratus pada dinding rumah berkenaan akibat terkena bahangan.
Kebakaran telah dipadam oleh tuan rumah mengunakan sumber air paip. Operasi terkawal pada jam 11.15 malam serta tiada mangsa terlibat.
Di Papar hari ini, pasukan Bomba juga membalas panggilan kecemasan kepada dapur sebuah rumah di Kg Seberang Benoni.
“Kebakaran melibatkan alat perkakas memasak sahaja dan tidak melibatkan struktur bangunan…
“Tiada Litupan GIRN di lokasi kejadian dan operasi terkawal pada jam 9.55 pagi,” lapor Ketua Operasi menerusi PGO.





