Kebakaran Hutan Bersebelahan, Pelajar SK Luyang Diberi Kebenaran Pulang Awal

Kebakaran Hutan Bersebelahan, Pelajar SK Luyang Diberi Kebenaran Pulang Awal

0
SHARE
Bomba
Asap dari hutan belakang SK Luyang ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial )

KOTA KINABALU, SABAH – Tiga balai Balai Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran hutan dianggarkan seluas 30 ekar di Bukit Shantung, Luyang.

Seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Sabah berkata anggota Penampang telah naik bukit manakala Kota Kinabalu di kawasan Taman Jindo dan Lintas di SK Luyang.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Penampang yang terawal berada di tempat kejadian, sembilan minit selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.46 pagi tadi.

Terdahulu, murid SK Luyang dibenarkan pulang pada pukul 10.30 pagi selepas bekalan elektrik terputus diikuti kebakaran.

Pengetuanya membuat pengumuman melalui WhatsApp apabila asap yang datang dari belakang kantin sekolah mula mencekik.