Taliban Rampas Pentadbiran Negara, Rakyat Sanggup Kejar Pesawat Untuk Tinggalkan Afghanistan

Taliban Rampas Pentadbiran Negara, Rakyat Sanggup Kejar Pesawat Untuk Tinggalkan Afghanistan

0
SHARE

KABUL, AFGHANISTAN – Ratusan rakyat Afghanistan sanggup mengejar dan berpaut pada sebuah kapal terbang yang ingin terbang meninggalkan Afghanistan.

Rakaman video turut tular di laman media sosial sejak sehari lalu yang mana jelas kelihatan ratusan penduduk Afghanistan terdesak cuba bersungguh-sungguh mengejar pesawat yang ingin berlepas meninggalkan negara itu.

Menurut kemas kini laman Instagram pemilik akaun bernama @samchui, tindakan nekad itu dilakukan kerana penduduk di situ ingin segera keluar dari Afghanistan yang kini sudah dikuasai oleh tentera Taliban.

“Kasihan, ramai yang cuba mengejar malah berpaut pada sayap kapal terbang yang meninggalkan Kabul kerana tidak sanggup lagi berada di Afghanistan…

“Lapangan terbang awam Kabul kini sudah ditutup dan laluan udara telah diserahkan kepada pihak tentera,” menurut keterangan pada video itu.

 

 

 

 

 

 

Terdahulu pada Isnin, tentera Taliban mengumumkan sudah merampas pentadbiran Afghanistan dan kini sedang menunggu transisi tampuk pemerintahan secara aman.

Pejuang Taliban menaiki kenderaan tentera di Kabul, ibu negara Afghanistan…(Sumber Foto: Xinhua)

Ini menyebabkan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa telah mengumumkan akan mengadakan sesi khas pada 24 Ogos untuk membincangkan ‘masalah dan situasi hak asasi manusia yang serius di Afghanistan’ itu.

Menurut laporan berita Anadolu, sesi khas secara maya itu akan berlangsung di Pejabat PBB di Geneva, Switzerland.

Ia susulan permintaan bersama Pakistan, penyelaras Organisasi Kerjasama Islam (OIC) mengenai hak asasi dan kemanusiaan, dan Afghanistan.

Permintaan itu mendapat sokongan 89 negara dan dibuat sehari selepas Taliban menguasai Kabul.