Ahli Parlimen BN, PN, GPS Dan PAS Akan Ke Istana Negara Pagi...

Ahli Parlimen BN, PN, GPS Dan PAS Akan Ke Istana Negara Pagi Ini

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan ke Istana Negara pagi ini bagi mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri baharu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan malam tadi, dengan pergerakan akan mengikut parti bermula jam 10 pagi.

“Ahli Parlimen ke Istana Negara esok. 10 pagi GPS, 11 pagi BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia); 2 petang UMNO; 3 petang UMNO/ BN dan 4 petang PAS,” katanya yang dipetik BH Online pada malam tadi.

Difahamkan pergerakan Ahli Parlimen BN dan UMNO pagi ini akan bergerak ke Istana Negara dalam dua kumpulan dengan menaiki bas khas dari ibu pejabat parti itu di Menara Dato’ Onn, di sini.