AZIS JAMMAN LANGGAR ARAHAN ISTANA? TULARKAN GAMBAR SD SOKONG ANWAR SEBAGAI PM

AZIS JAMMAN LANGGAR ARAHAN ISTANA? TULARKAN GAMBAR SD SOKONG ANWAR SEBAGAI PM

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Aksi menularkan surat Akuan Bersumpah (SD) mungkin bakal membawa padah kepada Ahli Parlimen Sepanggar daripada Parti Warisan Sabah, Datuk Azis Jamman.

Perkara itu membuktikan Parti Warisan secara terbuka dan jelas memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Namun, sokongan peribadi setiap 220 ahli Parlimen sepatutnya dikhaskan bagi mata Yang di-Pertuan Agong.

“Yakin sangat Azis Jamman melanggar perkara 7 dan 8 untuk kerahsiaan istana sehingga dimaklumkan,” kata seorang warganet di laman media sosial Facebook.

Kemungkinan besar SD Ahli Parlimen Sepanggar itu akan ditolak jika didapati melanggar syarat-syarat tersebut.

Gambar Azis memegang SD beliau sambil memberikan isyarat bagus sementara satu lagi tangan yang tidak diketahui individu memegang paparan gambar Anwar telah tular di media sosial sejak semalam.

Ahli Parlimen Sepanggar, Azis Jamman secara terbuka telah menunjukkan surat akuan sumpah (SD) beliau mengenai sokongannya terhadap calon Perdana Menteri baharu…

Selain itu, turut tular video di media sosial Facebook dan sebaran aplikasi WhatsApp yang jelas menunjukkan Azis sedang menurunkan tandatangan pada SD tersebut secara terbuka .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Difahamkan ahli-ahli Parlimen diberikan tempoh sehingga 4.00 petang kelmarin (Rabu) untuk menyerahkan SD sokongan Perdana Menteri seterusnya kepada Istana Negara.

“Kalau arahan semudah ini pun tak boleh ikut, macam mana nak jaga rahsia negara?” kata seorang pengguna Facebook lagi.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun sebelum ini berkata ahli Parlimen seharusnya berhati-hati untuk tidak mendedahkan butiran surat akuan sokongan mereka.

Datuk Azhar Azizan Harun…

Walaupun pengumuman terbuka dibuat mengenai sokongan daripada pemimpin-pemimpin parti politik, ahli-ahli Parlimen tetap perlu berhati-hati untuk tidak mendedahkan butiran surat akuan sokongan mereka.

“Perlu dijelaskan, mana-mana surat akuan Yang Berhormat yang tidak mematuhi perkara-perkara di atas ataupun yang diterima lewat tidak akan diambil kira…

“Ahli-ahli yang berhormat diperingatkan untuk menjaga kerahsiaan Surat Akuan tersebut sehingga ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengenai perkara di perenggan 2 di atas,” kata beliau memperingatkan ahli-ahli Parlimen dalam sebuah surat rasmi sebelum ini.

 

Terdahulu, Malaysia membuka semula bab kegusaran politik susulan perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos baru-baru ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap dalam Perutusan Khas dan Sidang Media jam 3 petang hari ini (16 Ogos 2021)…

Sehingga semalam, TV3 melaporkan majoriti blok BERSATU, UMNO, BN, PAS, GPS, PBRS, PBS, STAR dan empat (4) lagi calon Bebas mendahului majoriti mudah 111 dengan 115 sokongan untuk membentuk kerajaan yang baru.

Sementara itu blok Pakatan Harapan (PH), Warisan, Pejuang, Parti Sarawak Bersatu dan dua (2) lagi calon Bebas meraih 105 sokongan.

Difahamkan, sumber terkini adalah ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan ke Istana Negara pagi ini bagi mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri baharu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan malam tadi, dengan pergerakan akan mengikut parti bermula jam 10 pagi.