Polis Sandakan Dakwa Kes Ekspkoitasi Seksual Remaja Lelaki 14 Tahun

Polis Sandakan Dakwa Kes Ekspkoitasi Seksual Remaja Lelaki 14 Tahun

0
SHARE
Kanak-kanak
Sekadar gambar hiasan

SANDAKAN, SABAH – Tindakan terkutuk pengeksploitasian seksual kanak-kanak bawah umur terbongkar apabila seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mendapatkan rawatan perubatan untuk jangkitan pada kemaluan dan duburnya di Hospital Duchess of Kent pada 23 Sept lalu.

Pemangku Ketua Polis Sandakan Supt Ramasamy Kuppan berkata, susulan laporan hospital, polis memulakan siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

“Tiga lelaki dewasa ditahan pada 24 September lepas berhubung kes itu.

“Pada 7 Oktober, kedua-dua lelaki itu menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Sandakan,” katanya.

Dua daripada tertuduh telah dijatuhkan hukuman iaitu seorang lelaki berusia 32 tahun dipenjara lima tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Manakala, seorang lelaki berusia 34 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan rotan mengikut Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Yang ketiga, lelaki berusia 29 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 377B, dengan tarikh mahkamah berikutnya ditetapkan pada 11 November,” Ramasamy berkata.