PEMBATALAN PENERBANGAN TAWAU-KUALA LUMPUR, KESELAMATAN RAKYAT SABAH ADALAH KEUTAMAAN: KM HAJIJI

PEMBATALAN PENERBANGAN TAWAU-KUALA LUMPUR, KESELAMATAN RAKYAT SABAH ADALAH KEUTAMAAN: KM HAJIJI

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Sabah sedang memantau kesan daripada letusan gunung berapi Ruang, Indonesia secara teliti.

“Saya telah diberi taklimat mengenai situasi itu dan kami sentiasa memantau.

“Keselamatan adalah keutamaan dan penting untuk kita mengutamakan keselamatan orang ramai,” katanya.

Lebih 20,000 penumpang terjejas berikutan penggantungan semua penerbangan berjadual keluar masuk lapangan terbang di Kota Kinabalu, Labuan, Tawau dan Sandakan hari ini.

“Mari sama-sama kita mendoakan semua saudara kita di Indonesia tabah menghadapi ujian ini, semoga kita semua terhindar dari musibah ini,” tambah Hajiji.